Thursday, December 22, 2011

business

a friend of mine shared this..




:)

Monday, December 12, 2011

ustazah budget bagus

1 jam sebelum entry ni ditulis, aku masih berada dalam bas rapid yang tiba-tiba penuh sesak dengan manusia yang suka berjalan-jalan menghabiskan duit..

1/2 jam sebelum entry ni ditulis, aku baru nak survey2 tiket penerbangan AirAsia yang ala2 murah, rupanya promo tu dari 8-11 Dec je wuwu.. sedey.. :(
takpe.takpe. ade rezeki lain kali. insyaallah :)

5 minit sebelum entry ni ditulis, teringin nak buka blog seorang sahabat kat rumah, sebab aritu tak boleh nak loading entry dia..tiba-tiba entry terakhir dia sama pula dengan entry yang aku nak tulis ni.. :p nak buat camne..kebetulan :)

3 minit sebelum entry ni ditulis, tiba-tiba perasan macam ada orang lalu lalang kat dalam ni, then tegur aku yang tengah ala2 rajin, "eh, keje?"..aku pun toleh tengok siapa..lor..landak, memerang ngan tenggiling rupanya :)
*suka hati kau je kan bagi nama..xpe.diorg xtau.haha
rasa pelik gak sebab diorang datang ofis time public holiday. tapi aku senyum jela :)

OK. berbalik pada tajuk entry. memandangkan kawan aku dah tulis entry ni dengan lebih detail dan berilmiah, so aku just nak post my own entry je..tak banyak benda pun nak share..tapi rasa nak share jugak.hehe

hmmm. entry ni sebenarnya sekadar nak share beberape pesanan dari seorang Professor (bukan ustazah). Beliau adalah --> Professor Muhaya currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre





tak tau nape aku gugel gambo prof muhaya, tp kuar gambo aiskrem ni :p



yg bwh ni baru gambo betul prof muhaya.dengan sape tah.
prof muhaya yg kanan sekali, bukan yg tengah tau









Prof ni dia jenis yang sempoi2+sengal.boleh gitu?haha. tapi die memang jenis yang 'slumberland' sikit. Dalam 'slumber2' dia tu, banyak gak pesanan dan peringatan yang dia bagitahu :



1) Dia suruh buat anak. Wey bukan lah! Dia cakap, didik anak untuk pencen akhirat. KOme-KOme paham ke mende dia nak bagitau ni. Maksudnya, dia suruh didik anak yang booleh beri manfaat untuk kehidupan akhirat kita nanti. Didik baik-baik, didik dengan ajaran agama yang sepatutnya, supaya bila dia besar nanti, or bila kita dah takde dalam dunia ni nanti, anak-anak tu la yang akan mendoakan kita dan at least boleh tolong kita masa nak claim insurans akhirat nanti.



2) Prof Muhaya pesan lagi, jangan budget bagos! jangan bagi nama panjang-panjang pada anak. Tahu la excited nak bubuh nama anak kan. tapi kalau dah panjang sangat, pastu maksud nama tu pun dah jadi entah ape2, dikhuatiri akan menimbulkan riak pula. Riak yang macam mana? setakat nama je kot. pikir la sendiri..kaji semula apa sebab kita nak bubuh nama panjang-panjang tu. adakah sebab nak menunjuk-nunjuk depan orang? sebab trend? atau sebab nak budget bagos? Wallahua'lam..Betulkan niat.Jangan suka menunjuk-nunjuk, jangan suka ikut-ikut orang membabi buta



3) Pesanan ketiga ni yang paling menarik..pesanan untuk bakal-bakal pengantin. zamat sekarang ni, orang buat majlis, nak yang vogue2 je..nak bertema-tema..nak ber-wedding planner segala bagai. tak salah. asalkan jangan terlalu membazir atau again, sekadar nak show-off! nampak biasa, tapi sikap show off ni boleh makan diri di pengadilan akhirat tau. Lagi satu dia pesan, tak salah nak ada planner untuk majlis perkahwinan, TAPI jangan lupa untuk buat planner untuk kehidupan selepas kahwin jugak. Sedap+pedas ayat dia hari tu, "Buat majlis kahwin 2 hari, tapi persiapan sampai setahun plus plus..Nak hidup bersama lepas kahwin untuk berpuluh-puluh tahun, tapi preparation..Zero? Jadi, persiapkan lah diri dari sekarang dengan ilmu2 dan amalan2 akhirat untuk kehidupan yang lebih berkat.
*ingatkan diri sendiri jugak.sebab selalu sangat lalai dengan godaan dunia



4) Pesanan yang terakhir yang sempat aku ingat, prof Muhaya pesan, beli barang jangan 'bargain'. Apehal pulak tak boleh bargain? hak pengguna weyh..hak pengguna!! yela..hak memang la hak, tapi agak-agak la nak tawar menawar tu.. kalau beli barang mahal beribu-ribu, logik la kalau nak bargain..tapi barang tujuh posen pun nak bargain ke??
*pesanan ni more to people yang earn salary riban2 sebulan, mampu beli barang branded2ratus2, riban2, tapi bersifat kejam+kedekut untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dah cukup murah* eg: beli nasi lemak singgit pun still nak tawar lg!



Jadi kesimpulan nya untuk entry ni, Jangan Budget Bagos! wahahaha

k la. dah kol 12.22 tghari ni. nak balik. nak g segitiga bermuda. nak shopping barang keperluan. until then. sayonara!

Sunday, October 16, 2011

tengok lama lama boleh jatuh cinta

beberapa minggu yang lepas, ada la sorang member ni duk tanya,
"awak suka kereta apa ek?"
erkk.. aku ni berat sikit nak jawab bab-bab kereta yang aku suka..sebab baaanyak sangat dalam list kepala aku..haha

so aku pun list kan la satu-satu..
carta paling atas, mestila la Mr Lan a.k.a LANCER KALER MERAH.
kalau nampak lancer lalu depan aku kat atas jalan tu, sure BEKU mata aku duk tengok je..
tapi..Mr Lan ni mahal sangat la..rege nak cecah seratus lebih...belum mampu milik lagi..huhuhu

NEXT,

HONDA ACCORD i-vtec (mahal sangatt)
PROTON PERDANA V6 (kereta malaysia yang nampak mewah)
HONDA CIVIC i-vtec (dah lama suka ni)
HONDA CITY i-vtec (baru tahun lepas start suka)
PROTON SATRIA NEO (suka tengok je..sebab nampak smart.but,i wont buy..sebab rendah sangat)
HONDA JAZZ i-vtec (pengaruh KV yang selalu park depan rumah)
TOYOTA VIOS yang ade spoiler and skirting (pengaruh best fren)
PERODUA MYVI (mula-mula suka sangat-sangat..tapi since ramai sangat orang yang dikenali drive MYVI, so dah makin hilang feel..tapi MYVI SE kaler oren and merah tetap nampak comell)



but lately, rasa macam dah start jatuh cinta pada FORD FIESTA pulak.
mula-mula tengok tak ada apa-apa feel pun..
tapi bile tengok lama-lama, feel dia sama macam tengok LANCER..
rasa nak tengooook je lama-lama..cehh

kalau tak percaya, try tengok sendiri..FORD FIESTA CUN




*credited to beritasemasa.com

Friday, October 14, 2011

boleh tengok saya sikit tak

13 oktober adalah tarikh yang akan aku lupa..
sebab tarikh ni tak special pun..hahaha
ada apa pada 13 oktober kan..
tapi ada sesuatu yang berlaku pada tarikh 13 oktober 2011..
sesuatu yang aku tak pernah expect aku akan suka..

korang pun mesti tak suka punya..
yela..
sapa kat sini yang suka jumpe doktor gigi?
OK la.. kita bagi nama glemer sikit..[DENTIST]
baru nampak bergaya sikit kan nak sebut..wahahaha..
I REPEAT, ada sesiapa kat sini yang suka jumpa dentist?
ADA? ADA?
eleh. tau sangat dah..muka-muka korang ni suka pergi klinik untuk dapatkan MC je kan..
pergi jumpa DENTIST mana boleh dapat MC..
tak payah nak tipu la..
mahu nya DENTIST tu gerudi gigi korang karang, naya je.. HAHAHA

TAPI..aku tak macam korang..
aku pergi jumpa doktor time aku betul-betul sakit je. AHAKS!
tapi SERIUS! aku x pernah tipu mana-mana doktor untuk dapatkan MC..
doktor tu yang merelakan diri mereka ditipu. HAHAHA

EHEM, FOKUS! berbalik pada tarikh 13 oktober 2011..
habis dah mukadimah..
ceritera pun bermula..
entah kenape la gigi aku ni nak rasa sakit kan sejak 2 hari ni..
nak tidur tak lena, nak makan laju-laju tak boleh, nak makan banyak-banyak, confirm lah lagi tak boleh!
ada lagi reason lain..tapi tak berapa nak PENTING sangat..
contohnya,
nak buat kerja kat office tak boleh nak fokus..(xkesah sangat..)
nak ber'discuss' pasal hal kerja dengan lead/colleague tak berapa nak boleh bercakap sangat..(lagi la xkesah..)

pastu mula la rasa derita je kan..
aku pun decide la nak pergi jumpe dentist..
eceh.macam berani je..
dulu time kat sekolah, aku la budak comel yang paling takut bila dah samapi turn aku untuk duduk atas kerusi time nak check

gigi tu..
siap menggigil woo..
tak tahu la setan mana dah merasuk sampai aku jadi berani macam ni..ekeke..
bukan setan..tapi dah BESOR kan..
tak kan la nak takut lagi..banyak lagi cabaran maha hebat kena tempuh lepas ni..
weyyyy..melalut apa plak ni!

KKK.sambung cerita DENTIST.

mula-mula tu memang tak tahu nak pergi dental clinic yang mana satu..
sebab tak teringat pulak masa study dulu fakulti aku sebelah jer dengan fakulti gigi tu..
tapi masa tu, budak-budak yang ambik dentistry ni nampak cam sombong jek..
yela..bakal DOCTOR la kunun..
eleh..ingat kitorang heran ker dengan korang..
PC ko rosak, cari budak IT gak..nak setup network, cari budak CS jugak..
nak repair laptop, menggagau cari budak-budak KOMPUTER gak! ekekekeke

so bila dah teringat dalam uitm tu ada dental clinic,
apa lagi..pergi jela kan..dekat pun dekat..
JENG..JENG..JENG..
mula-mula sampai tu, rileks jer..
yela..orang tak pernah pergi klinik gigi..
sorang-sorang pulak tu..CUAK gak rasa..
cuak sebab takut kalau-kalau ada student yang nak takcle akak comel ni..WAHAHAHA
PERASAN!

then, after register, tunggu turn..
ada la dalam 20 menet gitu..
doktor pun panggil masuk BILIK. OK aku tipu.
mana ada doktor panggil..

1-1-0-0-5 : ada suara perempuan merdu yang dalam sistem tu duk terpanggil-panggil..HAHA
(tak ingat sebenarnya no giliran aku berapa..)

lepas dah masuk tu, ada la 2 orang doktor ENTERTAIN aku..
aku tak expect la aku akan kena rawat dengan doktor LELAKI..
SEGAN la..aku kan penyegan..ahaks!

pastu yang sorang tu soh aku baring..aku pun baring jela tanpa segan silu..HAHA
doktor tu ambik kerusi..duduk sebelah aku..
time ni aku rasa macam pesakit kat hospital yang tengah ada orang datang melawat..
doktor tu pun mule la mengayat aku..
hi, nama saya khairul..bole berkenalan?WAHAHAHA!
gila apa doktor nak cakap macam tu..tak kaaaaan la kan.. (tu ayat kalau aku yang jadi doktor..:-p )
die introduce nama, then soal siasat aku macam-macam soalan,
sambil buat-buat pandai + PRO tulis something dalam report dia..
muka nampak muda..
masa ni aku x expect lagi yang aku akan dirawat oleh doktor praktikel..
pastu bila dia dah start tanya aku ni student or keje,
barula aku tahu yang dia tu student praktikal rupAnya..
budak semester akhir..OOOoooOOO..
patutla nampak baik budak nya..serta comel-comel..anak sape la ni..hihi
pastu yang kawan dia lagi sorang tu pun sibuk-sibuk jugak datang..
tengok report apa yang doktor khairul ni tulis..
pastu sesi pegang pegang pun bermula..
yela..kalau tak pegang, macam mana nak check apa yang sakit kan.. ye dak?

si khairul ni pun cakap la kat aku, "saya pegang sikit ye.."
yela..pegang banyak-banyak pun takpe doktor..saya faham..
lagipun, awak kan pakai glove..saya tak kesah..hihihi..

dia pun mula la check gigi aku..
dengan bakal doktor lagi sorang tu..(yang ni extra comellll)
sambil ada la sesekali sorang professor perempuan datang jenguk diorang berdua,
ajar, and guide diorang..tunjuk itu ini..

lepastu, bila dah puas hati, baru la diorang mula sesi merawat..
bakal doktor khairul cakap, "saya nak kena buang akar yang bagi rasa sakit tu..so kena inject..maybe akan rasa sakit

sikit..tapi kejap je..
lepastu dah tak sakit dah.."

hah? kena bius ke? xpe..saya redha..ahaks!
dengar dia cakap punya la baik macam tu, suma rasa sakit boleh hilang seta merta kot..kikikikiki
pastu dia pun keluarkan jarum..prepare untuk inject aku..MAKKKKKK
tiba-tiba rasa takut! tapi muka kena rileks..cool..hehe

pastu dia pun cucuk la jarum tu dalam mulut aku..sakittt..tp buat-buat keras sudaa..buat macam tak ada apa-apa..eceh.
pastu khairul ni biar je aku tak bergerak..
aku tak bergerak. dia pun tak bergerak jugak.
berapa menet entah nak tunggu.

pastu dia pun test la aku..
"ada rasa kebas tak.."
entah, biasa jek..
dia tak puas hati..dia pun mula ar carik pasal dengan aku..
dia cucuk-cucuk mulut aku gune alat-alat yang dia ada..
tanya lagi, "sakit tak"
sakittt..(dalam hati, sakitla u! nak bunoh i ke!)hehehe

pastu dia macam dah risau..apesal ubat bius ni macam tak berkesan ni..
dia pun discuss dengan prof and kawan dia lagi sorang tu..
aku ni sebnarnya tak tahu rasa kebas tu macam mana..
yela..mana la penah kena bius..
tapi masa dia cucuk-cucuk dalam mulut aku tadi, memang dapat rasa lagi la..
Prof perempuan tu cakap, "maybe tu cuma rasa..bukan sakit.."
aku pun dah gelabah..err..agaknyela kot..tapi cakap dalam hati je..hihi
pastu dia decide.."kita inject lagi sekali ye"
OK! aku suka je..
lagi banyak kali inject, lagi la aku tak rasa apa-apa nanti..wahahaha
dia pun inject..memang dah tak rasa apa-apa time ni..
so betul la tadi tu dah rasa kebas sebenarnya..
cuma aku je yang xtahu..:-p
apa bole buat..dah REZEKI..nak kena bius 2 kali..huhuhu

lepas dah bius tu, dia pun mula la kerja-kerja mencari akar-akar kayu untuk buat unggun api..hahaha
cari akar-akar rosak la..
masa ni muka aku statik je mengadap cahaya lampu atas kepala tu..
pastu maybe si khairul ni susah kot nak carik akar-akar tu..
so dia pun cakap.."awak, boleh tengok saya sikit tak?"
hmmm? mestilah boleh...tengok banyak-baaanyak pon boleh..HAHAHA..
aku pun biar jela die duk rawat gigi aku sambil aku duk terkebil-kebil buat muka comel tengok muka die..
tapi macam dekat sangat la..
aku ni ada masalah sikit kalau tengok muka orang dekat-dekat..
elok-elok boleh nampak, terus jadi tak berapa nak nampak..
macam kabur-kabur..sebab dekat sangat..ke mata aku yang rosak?erkk

layankan jela kan..
sambil-sambil tu aku dengar la diorang berborak dengan prof tu pasal nak setup klinik sendiri..
according to the prof, makan seratus riban jugak kalau nak setup klinik sendiri zaman sekarang ni..
time dia dulu-dulu, dalam 60K je..tu pun profit 4-5 riban je maximum..masa zaman dia la..
zaman sekarang ni lagi untung kot..
sebab ada orang-orang macam aku yang rajin pergi jumpe dentist macam sekarang ni..wahahahaha

kejap-kejap, aku dengar si khairul ni cakap kat bakal dentist lagi sorang tu.."suction"
dia pun gelabah la duk masukkan tiub dalam mulut aku..sedut saliva aku..yucks!
bukan saliva la.. die sedut air ubat yang si khairul ni bubuh dalam mulut aku tadi..huhu

tak tahu la apesal..aku rasa macam best gila pergi jumpe doktor kali ni..
rasa macam pergi spa..
rasa nak baring jer atas kerusi tu sampai petang..wahahaha
maybe sebab diorg baik sangat kot..baik..comel..dan baek..dan comel lagi..:-p

lepas dalam satu jam setengah aku baring-baring dengan hepinyer kat dalam klinik tu,
treatment aku pun dah siap...~ala...dah siap ke..kejapnyer.. :(
aku pun tanya la diorang, 'dah ke?'
khairul cakap, "kejap eh, nak bagi ubat"
tapi diorang tak ada pulak suruh aku turun dari kerusi tempat aku baring tu..
aku pun buat-buat la sibuk duk reply message pasal kerja dari rakan-rakan sebaya kat office tu..
sampai la satu saat kawan si khairul ni cakap kat aku, "boleh duduk kat kerusi tu tak?(sambil pointing kat kerusi kecik kat

tepi tu) saya nak bersihkan tempat ni"..
ooo..hehe..aku sambil buat muka selamba, turun jela..MALUUUUUU :-P

lepas dah bersihkan, si khairul ni datang balik kat aku.tunjuk ubat..
tapi yang pelik sampai ke saat ni, aku tak pasti sama ada aku ambik ke tak ubat tu masa khairul tu hulur plastik ubat tu pada

aku..
sebab bila aku balik rumah, aku try selongkar balik beg aku, dah tak jumpa pulak..
tak kan tercicir kat mana-mana kot..
entahlah.

tapi yang pasti, aku ada cakap terima kasih pada budak-budak bakal dentist tu..and pada prof perempuan tu before aku keluar

klinik aritu..
kehilangan ubat tu masih menjadi misteri hingga ke saat ini..
tak kisah lah..
yang penting, aku akan jumpa diorang lagi in the next appointment nanti..yeAyyyyyy

Saturday, July 23, 2011

i have watched harry potter & the deadly hallows

budak-budak nakal dalam gambar di atas tiada kena-mengena dengan cerita di bawah sama ada secara langsung atau pun tak langsung

Ehem.
it's OK kan kalau gambar kat atas ni takde kena mengena dengan tajuk entry..hehe
saja jer nak tayang gambo mase saya dengan budak kecik tu terpisah dari rakan2 sebaya (sebaya ker.....) yang lain mase pergi team building kat sunway lagoon minggu lepas..

OK la..actually just nak bagitau yang malam tadi saya dah selamat tengok Harry potter kat JJ Bukit Raja dengan seorang kawan yang sangat bertuah.. :-p
Mana tak bertuah.. dia la satu-satu nye kawan yang terpilih untuk teman saya tido kat dalam panggung wayang tu..hahahhaha

tak bole blah ar semalam..tengok cerita action pon boleh TER-tido..
abistu dah penat sangat..tido la..ape lagi kan...hihihi
lagipun,bukan salah saya..
ni semua salah harry..
siapa suruh dia cakap, "I'M READY TO DIE"
so saya just follow harry jer..go and die together with him...huhuhu
tapi setiap kali tersedar tu, tengok2 si harry ni hidup je lagi..xmati-mati pon..bila nak mati entah..
saya pulak yang mati dalam pawagam tu semalam..hak3..
member kat sebelah pulak khusyuk semacam jer..
tak ambil tahu langsung pada kawan dia yang dah kena black-magic-spell ni..hihihihi
few minutes before the story ends baru la saya ala2 segar gitu..
baru la boleh tengok dengan mata terbuka luas..
ada la dalam setengah jam kot 'tetito'..setengah jam jer.... :-p

xkesah la...lepas ni dah bole bagitau diorang.."saya dah tengok harry potter"
ngeh3..


p/s: dea, pasni kita tengok muvi same2 lagi eh..BEST la tengok midnite muvi dengan awak! :-p