Showing posts with label i like. Show all posts
Showing posts with label i like. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Skytrex@Taman Pertanian Shah Alam

@when : 15th April 2012 : 9.00am-12.00pm
@where : Taman Pertanian Bukit Cahaya aka Bukit Cerakah, Shah Alam


Di sebalik tabir Skytrex :

1) Saya berasa excited yang amat + debar sedikit selama beberapa minggu sejak budak2 ni plan nak pergi Skytrex ni..huhu
2) Debaran tak berapa terasa sehingga 2 hari sebelum pergi Skytrex..sebab tangan yang gatal duk gugel experience bergambar pasal Skytrex dari blog orang lain..huhuhu
3) Ada seorang sahabat yang berasa sangat ketakutan sebelum pergi Skytrex, sehingga saya diugut dan dipaksa untuk stay overnight kat rumah dia..otherwise, dia takkan pergi! layannn
Dan..hari yang dinanti pun tiba..wooha!

*semua gambar(macam banyak je bunyi nye..hehe) diambil selepas berjaya melepasi semua halangan dan cabaran skytrex..sebab sebelum mula tu, majoriti memang tak bawak kamera or even handphone..padahal boleh je kalau nak bawa bersama (at ur own risk la..) sebab aktiviti kat sini bukan macam naik rollercoaster..takde nak kena terbalik-terbalik..wooha!

hanya risiko bila korang berada di tempat yang agak tinggi (3meter-22meter), bila barang-barang yang korang bawa tu jatuh, tak ke haru nak carik kat bawah tuuuu...kalau kawasan lapang tak mengapa juga..ini..HuTan!

                                                                       


ni baru starting...
            tak berapa scary nak panjat(as long as you don't look down while climbing)..tapi penattttt....

ceyyyyyyy...bila da berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan, boleh la posing sambil senyum..huhu

                                                            
ni peta cabaran Skytrex..
                          
basically, ada 3 course : Little Adventure, Big Thrill, Extreme Challenge

                                                       
yang kitorang pergi, Big Thrill..hehehe

                                                   
ni pintu gerbang masuk ke Skytrex....

                       
entrance fee ke Taman Pertanian : RM3 + entrance fee Big Thrill : RM45

senyum dalam penat..budak ni bapak besar punye penakut..tapi in the end, ada satu challenge(swing like tarzan) dia rilek je bole buat...saya plak yang terpakse main tipu..guna shortcut! hahaha..tak berani eden nak swing like tarzan tuh..tengok lah len kali bole cuba kot..kalau pergi lagi.wooha!
overall, sangat BEST! to be honest, this is the first time i'm doing the flying fox! and guess what..i really enjoy flying fox here..
flying fox is the most relaxing challenge compared to other activities and challenges here.UNBELIEVABLE! haha.
if interested, do click here  http://www.skytrex-adventure.com/ best woooooooo

Monday, April 9, 2012

rezeki yang mencurah-curah ke daun sup


alhamdulillah..
rezeki mencurah-curah sejak akhir-akhir ni..

KISAH 1
=======
last week, masa bagi barang pada seseorang, seseorang tu bagi sekotak "muffin with filling"mula-mula ada 7 ketul muffin comel-comel dalam kotak polisterin comel tu..tapi yang lagi enam tak sempat nak shoot, depa dah kena shoot awal-awal masuk dalam peyut..miahahhahaha







KISAH 2
=======
masa balik kampung hari tu, sampai-sampai umah je, dah pukul 4.00pagi..tapi masa tu mak belum tido lagi..tengah buat "prata"..so konon-konon nya nak buang masa sambil teman mak, macam biasa pergi la mengular dalam umah..cari apa-apa yang patut..lepastu terjumpe 2 surat..satu surat pasal statement dari etiQa, lagi satu surat dari Standard Chartered..dalam hati, "aik, patutnya dah terminate kan SCB statement ni, apehal la die hantar ke rumah lagi ni??"dalam hati tahu nak hangin jek..miahahhaha..bila buka, tengok-tengok rupanya ada surat with a voucher! TA-DAA!


baik betul la SCB ni nak bagi voucher segala bagai bila kita gune online banking untuk bayar bil..SCB memang ROCK!tak sia-sia bayar bil api air umah sewa guna SCB online banking..miahahaha
terus rasa nak bayar segala bil gune SCB lepasni.. :-p mana la tau..mula-mula dapat voucher StarBucks ten bucks, pastu dapat voucher IKEA hundred bucks, pastu dapat voucher keter plak thousand bucks..pastu dapat RUMAH..ngehehe..berangan tak hingat! :-p




KISAH 3
=======
semalam pulak, sampai-sampai ofis, baru duduk-duduk kejap, baru nak bernafas sikit, tiba-tiba ada seorang ofismate datang hulur stroberi..CORRECTION.dia tak datang tiba-tiba..dari jauh lagi dah nampak dia datang kat cubicle ofismate yang lain, duk offer kitorang stroberi..ngeee


macam biasa, kalau rezeki tu adalah makanan, mesti tak dapat nak shoot semua..mesti ada yang dah hilang sebab dah masuk dalam peyut..stroberi ni ada 3 sebenarnya, tapi lagi satu dah selamat ditelan dan sedang dihadam..erkk.






P/S: definition for 'rezeki mencurah-curah' subjective to individuals..but for me, this means a lot..sebab UNEXPECTED :) ALHAMDULILLAH..


balik kampung : ko ade?

***************
6-8 April '12
============

entry ni tak akan wujud kalau saya tak bosan..miahahahhahaa
selama ni bila balik Joho, tak pernah plak rasa nak update ini belog, ye dak? tiba-tiba je jadi rajin.. maybe sebab journey kali ni quite interesting..ngeeeeeeee

last jumaat was the most boring friday..miahaha..so ingatkan boleh la keluar dari ofis awal sikit..sebab bila dapat keluar ofis awal sikit, dapat la sampai TBS awal sikit, then dapat la terus beli tiket and terus balik JB awal sikit..tapi bila ada plan jahat macam tu, ada je la kerja-kerja yang datang mengganggu..at last, keluar ofis dalam pukul 6.15pm..hmmm. musnah harapan nak balik lebih awal :-p

masa nak keluar ofis tu pulak, seorang ofismate ni duk ajak singgah makan KFC kat KL Central..hmmm..macam menarik gak cadangan tu..lagipun al-ferut memang tengah lafar..ON jela..
sampai-sampai je, orang tengah beratur panjang...takdelah panjang sangat..tapi lambat jugak lah staf-staf KFC duk serve sorang-sorang customer tu..Jadi, hasil kebosanan pertama..





lepas lebih kurang 15 menet beratur tu, baru la dapat menjamu selera dengan aman..tapi, sos KFC abes plak..dapat kerak je..ok la tu...dapat gak sos kan.. :-p nyum2..






macam biasa..i will never order all the "plate" set..snack plate lah, dinner plate lah..tak akan order melainkan terpaksa..maybe sebab orang lain yang orderkan..and orang tu yang belanja..miahahhaha... sebab apa ek?? sebab set plate2 ni makes my kepala rasa pelik lepas makan...rasa pening semacam..so kalau nak order ayam kat KFC, i will order zinger (ayam+roti burger) atau XMeal (ayam goreng+zingerburger)..atau..set chicken rice(ayam+nasi)..which at least meal ni suma bukan ayam goreng semata-mata..tak tahu lah apa jenis penyakit yang tak boleh makan ayam KFC tanpa benda lain..tapi sakit ni bukan sakit yang dibuat-buat or sakit mengada-ngada..MUAHAHA






cheesy wedges yang buat tekak rasa melekat..
sejuk-sejuk pun minum air sejuk...
kotak zinger burger..sebab burger nyer telah habis ditelan..miahahhaa
hidayah and fariza
lately selalu rasa nak snap picture bila pergi mana-mana..slurp..slurp.. :-p





************************************








then, We dispersed at around 8pm kalau tak silap..
eh jap. ada part tertinggal :-p





masa tengah makan, sibuk duk argue dengan si dayah pasal nak pergi TBS nak naik ERL atau naik STAR LRT dari masjid jamek..si dayah yang macam hero ni sebok la encourage naik ERL..dalam hati teruja gak, tapi sebab sorang-sorang..kalau kena culik camne..miahahahahatakde makne nye nak kena culik!lepas dah kena marah dengan cik dayah sebab bersikap mengada-ngada depan dia, maka...it has been decided! naik ERL!
Next statiON - KLIA Transit!





since pakai kad T n'G, so main touch jela dengan yakin nya tanpa fikir tambang nak kena bayar berapa..muahaha..kalau nak cek tambang ERL, boleh check kat cni yer..KLIA Transit Train Fares





masa pergi tunggu kat platform tu, tak ada apa nak buat sangat..orang yang tunggu pun tak berapa nak ramai sangat..apa lagi, shooting time!!!!!! miahaha




KLIA Transit ni sebelah menyebelah je dengan KLIA EKSpress nyer platform
platform yang lengang..
sementara tunggu KLIA Transit sampai, ada la dalam 2 buah tren KLIA Ekspress come-and-go..
hehhe..sorang-sorang pun boleh senyum :)








tiba-tiba rasa lama pulak kena tunggu KLIA Transit ni..ada la dalam dua puluh menet kot..atau lebih..entah..tak ingat plak..makin lama, makin ramai orang..tapi takdela ramai macam kat platform STAR LRT kat masjid jamek.. :-p




tak lama lepas tu, tren pun sampai..nebes ni, nebes. miahahaha...gediks! naik tren pun nak nebes! :-p




bermula lah pengembaraan dalam tren..nasib baik dapat seat.tu pun setelah berebut dengan sorang mamat ni. nasib baik dia 'mamat'..mamat ni senang sikit nak give in dengan perempuan..kalau dia 'nyah', for sure dia nak tempat duduk punya kan! miahahaha..





seat dalam ERL ni ada single seat, ngan double seat..ada seat yang duduk ngadap-ngadap..nasib baik lagi sekali sebab tak duduk kat seat yang duduk mengadap :-p




ni masa tengah malu-malu nak ambik gambo dalam tren..:-p
ni masa dah tak berapa malu nak snap gambo dalam tren..tapi ada mamat tu jeling plak..'dont worry bro, your pic masok blog i!' haha..layannnn




serius..ERL ni quite laju gak ler..dalam 11minit da sampai TBS..rasa smooth je....wooha!





**********************************




*TBS*





baru kali ni dapat update cerita pasal Terminal Bersepadu Selatan atau nama manja nye TBS-BTS. BTS tu me-refer kepada nama stesen LRT Bandar Tasik Selatan :-p
mood rajin nak tulis entry pasal TBS ni pun atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan :-mula-mula, keluar ofis OK je..dalam pukul 6:15PM..tapi terpengaruh dengan cik dayah untuk makan KFC kat KL Sentral..lepastu dah lambat pergi TBS..sampai TBS dah nak pukul 8:15PM...masa sampai, orang ramai giler beratur kat kaunter tiket..terus lari-lari-bayi untuk beli tiket balik shah alam kat kaunter Trans..TAPI..WAIT! kaunter Trans dah takde kat TBS! ohh..rupanya TBS dah combine-kan kaunter Trans dalam sistem kaunter TBS(effective since 1st March)..bukan Trans je, semua kaunter ekslusif yang dulu tak termasuk dalam senarai kaunter TBS dah di-combine-kan dalam TBS punya sistem..so, terpaksalah beratur kat kaunter TBS untuk beli tiket..budget, boleh dapat tiket pukul 8.30PM or 9.00PM lah kunun..lepas sepuluh minit lebih kurang, miss kat kaunter tu bagitau "tiket ke JB paling awal tinggal pukul 10:45PM" hah? waddehel?! mestila nak balik JB kan..so beli jela tiket pukul 1045PM tu..lepas beli, pergi melepak kat surau..kat level 1..lepastu terus JEM! tak tahu nak buat apa..so pergi la jalan-jalan kat TBS sambil snap gambo-gambo..ngihihi..




concourse level : pic 1
concourse level : pic 2
escalator untuk naik ke level 1 : ada surau, restoran, food court, kedai urut pun ada??
escalator turun ke groundfloor : heading to Boarding Gate/Door :-p
tempat-tempat duduk melepak sambil snap gambo/meng-Geek kan diri :-p
TBS : kaunter jual-beli tiket
Teratai Food Court
kena beli kad topup sebelum beli makanan, sebab bayar guna kad, tak boleh gune cash..yela sangat..masa sistem down, depa mintak cash jugak! tapi basically, kena beli prepaid card, then bayar guna kad tu..after dah siap guna, pulang balik kad kat kaunter untuk redeem baki dalam kad :-p so masa beli topup la banyak-banyak sikit..boleh belanja mak, atok, abah satu famili semua..toksah risau..baki akan dipulangkan :)

muka boring + penat + homesick :-p
tempat lepak..
tempat lepak lagi..
kenny roger's yang dah tutup + tutti frutti yang dah separuh tutup.. :-p
awal giler depa ni tutup kedai! belum pukul seploh kot.




kopitiam nama apa entah + King's Bakery yang masih open..
yang ni kat ground floor.. tempat lepak before boarding :-p
entah gambo sape-sape, main snap je!
baru ceria sikit, sebab dah nak berangkat pulang ke JB...ngeee
ni la rupa tiket TBS..siap mintak nama passenger..bagi nama glemer pun boleh.. :-p
tu depa tengah beratur untuk naik bas..periksa tiket dulu sebelum naik bas..
ni la saya punya boarding gate : Gate 1





****************************************




dan bas pun bergerak..gerak..dan gerak.....




dan saya pun tertidur..tidur..dan tidur...... :-p




sedar-sedar, dah sampai Yong Peng.. malas nak turun..snap gambo lagi..ngeeeeee





bas Shira pun lepak sini gak :-p
baru bangun tido...ngeeeeeeee
tiba-tiba bas Five Stars(bas-dabel-deker) ni datang melepak sebelah bas Selat Keris yang saya naik :)







**************************************




Dalam lebih kurang 2jam lepas tu, dah sampai rumah.......yeayyyyyyyyy..




Sampai-sampai je, mummy tengah sibuk buat "Prata"..korang tau ke??? senduk ngan sudip pun korang tak dapat nak bezakan, apatah lagi nak buat prata ye dak? *tak pasal-pasal* miahhahahaha..







dan ini lah hasilnyaaaa..TA-DAA!! jemput makan... :)


Monday, March 26, 2012

honda jazz hybrid yang menawan hati

source : http://www.honda.net.my/


last week, saya ada ter-belek kat surat khabar pasal honda jazz hybrid ni..
kaler ijau katak pisang..shantekkk
sekali tengok ters berkenan..hihi
adakah honda jazz hybrid ini akan menjadi buruan hati yang seterusnya?
hmmm..kalo ikut nafsu, jawapan nye, 'IYE'
tapi kalau ikut logika, not yet kot..
bila la nak dapat gaji 5-6k sebulan ni..
baru sedap sket nak pakai budak katak hijau ni..ekekekeke

below are the specs(GENERALLY) :




The engine used in the Jazz Hybrid is the same engine that can be found in the Honda Insight, which is 1.3-litre engine with IMA (Integrated Motor Assist) technology that produces 102HP with the help of the electric motor. Same as the Insight it is mated with a CVT gearbox to provide better fuel efficiency and smoother drive. 0-100km/h sprint in 12.6 second and a max speed of 177km/h. Fuel economy wise, it is only consuming 4.5 litre of unleaded fuel per 100 km.



Thursday, January 26, 2012

CNY Trivia @ Belumut

22nd Jan 2012 : 800am-730pm : Belumut, Kluang







,

best woo...da lame tak mandi..
eh salah, salah.
da lame tak mandi air sungai...
actually, Belumut ni kawasan air terjun..tapi kena jalan ke dalam lagi kalo nak jumpa air terjun tu..tak larat..ngeeeeeeeee