Showing posts with label gurl. Show all posts
Showing posts with label gurl. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

padahal bukan cantek sangat pon..

2 hari lepas..
hari ni hari sabtu..
means, kejadian berlaku masa hari khamis..
ye.hari khamis..
hari khamis tu cuti thaipusam..
so x kerja..lepak di rumah saje..
tapi..
kaki ni macam xreti nak duduk diam2 kat rumah..
nak jugak keluar..
and teringat pulak duit dalam akaun yang macam BANYAKKKKKKKKK sangat tu..
so fikir2, baik habiskan..
sebab nanti risau plak duit x habis2..hahaha

then pergi la ke segitiga bermuda...
even time tu da nak masuk tengahari..
still keluar jugak..

pergi ke benua pertama..
FIRST THING FIRST..pi mayang dulu..
baru berkat nak shoping..kih3..
tapi pi2, surau penuh plak..
TERPAKSA la shoping dulu...hehehe


dalam kepala otak ni sebenarnyer just nak beli 2 benda jer..
2 jer..emmmm
tapi as expected,
sebagai seorang PEREMPUAN yang selalu kalah dengan hawa nafsu,
everything didn't go as per planned..
mula2, duk ushar kedai kasut dulu..
ushar punyer ushar..
TER-BER-kenan la kat sepasang kasut ni..
LAWA..*macam orang yang nak beli..hahahhahahahaha
PERASAN!
tapi..kasut tu memang lawa..
lawa for a reason..MURAH!

IF YOU BUY 1, YOU'LL GET 50% DISCOUNT..
IF YOU BUY 2, YOU'LL GET 70% DISCOUNT..

yup..kalau sesuatu tu xdela lawa mana,
tapi disebabkan harga yang agak murah,
automatik boleh jadi lawa..

macam manusia jugak..
lelaki tu xdela ensem mana..
tapi kalau die baik, automatik boleh jadi ensem..kan??
tapi, adakah lelaki yang x hensem, tapi JIKA dia tergolong dalam spesies "BERUANG", boleh automatik menjadi hensem???
ohh..tidak mahu rasanya jawab soalan ni..
agak subjektif di situ..
sendiri nilai sudah..
NILAI MESTI GUNA HATI..JANGAN GUNA MATA ORANG LAIN..
tapi kenapa mesti cakap pasal lelaki yek?
*MENGONG!
ops..out of topic lagi!

kembali pada cerita kasut tadi..
setelah ditilik-tilik...
dan dicuba beberapa kali dengan penuh bergaya,
tanpa fikir panjang, terus g kaunter..
and bayar fifty percent out of the original price..
dah kedai tu yang bagi diskaun..bayar separuh sudah..
agak murah la kan..
kasut tu ada brand..
its a high heel..
cantik lagi..
kaler pun cun..
just pay for rm20 jer!

tapi.., kalau beli 2 pasang, boleh dapat diskaun up to 70%!
xpela..da bayar da pun..
dengan riang gembira nyer,
kunun2 nyer nak keluar dari kedai kasut tu..
tapi..tibe2 tangan ni rasa gatal pulak nak touch sepasang sandal yang terletak indah dekat dengan kasut tadi..
bila da touch, mesti la nak sarung kat kaki ye dak.
hai sandal..kenapa la kau nampak macam cantik pulak kat kaki aku ni..
nampak macam kau me-ronta2 nak ikut aku balik..hahahaha

then pergi la kat kaunter tu..
try la tanya..
"emmm..kalau ambik lagi sepasang, boleh dapat 70% x?" *sambil doa dalam hati - dapat la..dapat la..
then cik cashier menjawab,

"sorry yer awak..ini kedai bukan daddy awak yang punya..
ini kedai belong to ahmad albabbb..hahahaha.
so, kalau awak dah bayar untuk sepasang tadi, adalah amat mustahil untuk awak dapat diskaun 70% tuh! awk bayar lagi satu, ahmad albab cakap, bagi diskaun 50% sahaje! ada faham??"

"baiklah..saya faham.."
*sambil berjalan keluar bersama senyuman yang macam comel..huhuhu
masa ni x calculate lagi berapa harga sebenar if beli 2 kasut wif 70% discount tu..
sambil jalan keluar dari kedai kasut tu la..
time tu la my brain sibuk duk calculate harga for that 70% discount..
bermacam fakta dan bukti dikumpulkan sebelum buat calculation..

harga asal high heel dengan sandal tu sama => RM39.90
beli sepasang, dapat diskaun 50% => means bayar RM20 jer
beli 2 pasang, dapat diskaun 70% .....errrr
(RM39.90) + (RM39.90) X 70% => RM24!!!
mummyyyyyyyyyyyy...apa dosa saya..??
kenapa saya x sedar harga kasut tu sangat murah kalau beli 2 pasang sekaligus????
kenapa????
seolah-olah saya cuma perlu tambah RM4 jer untuk dapatkan sandal tu..
huaaaaaaaaaaaa...kenapa ini mesti terjadiiiii???
mummyyyyyyyyyyyyyy..help meeeeee...
oh sandal...
xpela..kau bukan cantek sangat pon...*ayat sedapkan hati..huhu

maybe ni balasan sebab x pergi mayang dulu before shopping..
maybe..
harap2..lepasni, x terjadi lagi macam ni..
saya akan lebih berhati-hati..
mesti ada ahmad albab di sebalik kedai kasut tu..eh, silap2..
mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni.. =)

p/s : susah la kalau BANYAKKKKKKKKKK sangat duet ni..haha












Thursday, June 26, 2008

gUrL@waniTa..

1. Bila sorang wanita mengatakan diasedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna diasedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebihbaik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelumkamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu biladia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius bolehmematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi JANGAN senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorangwanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar,tinggalkan dia sebab dia memangtak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang samadia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelaskeluar,benda pertama yang dicari olehwanita ialah siapa yang berdiri disebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasaada di fikirannya tetapi lelaki yangdicintainya sekarang akan berada ditempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudahcukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apayang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yangberbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang merekadan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.percayalah.. tiap lelaki perlukan wanita.