Thursday, December 22, 2011

i wish u were here


damn..damn..damn..
i wish u were here..here..
unfortunately, u never here..
if only u are here with me..
in this damn cold office..
with ALL the stone-cold-headed PEOPLE!

tak suke! tak suke! tak suke!
kenape la keje kat sini rase SPECIAL sangat2!
kenape la sistem kat sini terbaek sangat2!
kenape la orang2 kat sini suke buat keje yang same banyak banyak banyak banyak banyak banyaaaaak kali!
kenape la sistem keje kat sini developer kena buat keje management!

WHAT THE HEAT!

i really wish u are here with me now..

DORAEMON.. :)

supaya akan ada orang akan tolong buat KEJE PELIK2 kat ofis ni..
supaya akan ada orang akan tolong sekeh kan kepale ORANG PELIK2 kat ofis ni..
supaya akan ada orang akan tolong kill kan MAHKLUK2 PELIK whom i have to deal with everyday..and everynight kat sini..

i wish u are here..even in my world only.

MY HEAD IS BOILING...BLUP..BLUP..BLUP..not yet overheating..

kalau lah ada command yang sentiasa boleh buat manusia bersabar..

TERMINATE
QUIT
HALT
STOP
KILL
END

mesti takkan ada makhluk dalam dunia ni yang ada hobi dia menyumpah seranah hari2..

SABAR..SABAR..SABAR..they are just GARBAGE..dont be like them. i'm different..
SABAR yer.. haa..boleh pun cool down.. :)

business

a friend of mine shared this..




:)

Monday, December 12, 2011

ustazah budget bagus

1 jam sebelum entry ni ditulis, aku masih berada dalam bas rapid yang tiba-tiba penuh sesak dengan manusia yang suka berjalan-jalan menghabiskan duit..

1/2 jam sebelum entry ni ditulis, aku baru nak survey2 tiket penerbangan AirAsia yang ala2 murah, rupanya promo tu dari 8-11 Dec je wuwu.. sedey.. :(
takpe.takpe. ade rezeki lain kali. insyaallah :)

5 minit sebelum entry ni ditulis, teringin nak buka blog seorang sahabat kat rumah, sebab aritu tak boleh nak loading entry dia..tiba-tiba entry terakhir dia sama pula dengan entry yang aku nak tulis ni.. :p nak buat camne..kebetulan :)

3 minit sebelum entry ni ditulis, tiba-tiba perasan macam ada orang lalu lalang kat dalam ni, then tegur aku yang tengah ala2 rajin, "eh, keje?"..aku pun toleh tengok siapa..lor..landak, memerang ngan tenggiling rupanya :)
*suka hati kau je kan bagi nama..xpe.diorg xtau.haha
rasa pelik gak sebab diorang datang ofis time public holiday. tapi aku senyum jela :)

OK. berbalik pada tajuk entry. memandangkan kawan aku dah tulis entry ni dengan lebih detail dan berilmiah, so aku just nak post my own entry je..tak banyak benda pun nak share..tapi rasa nak share jugak.hehe

hmmm. entry ni sebenarnya sekadar nak share beberape pesanan dari seorang Professor (bukan ustazah). Beliau adalah --> Professor Muhaya currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre





tak tau nape aku gugel gambo prof muhaya, tp kuar gambo aiskrem ni :p



yg bwh ni baru gambo betul prof muhaya.dengan sape tah.
prof muhaya yg kanan sekali, bukan yg tengah tau









Prof ni dia jenis yang sempoi2+sengal.boleh gitu?haha. tapi die memang jenis yang 'slumberland' sikit. Dalam 'slumber2' dia tu, banyak gak pesanan dan peringatan yang dia bagitahu :



1) Dia suruh buat anak. Wey bukan lah! Dia cakap, didik anak untuk pencen akhirat. KOme-KOme paham ke mende dia nak bagitau ni. Maksudnya, dia suruh didik anak yang booleh beri manfaat untuk kehidupan akhirat kita nanti. Didik baik-baik, didik dengan ajaran agama yang sepatutnya, supaya bila dia besar nanti, or bila kita dah takde dalam dunia ni nanti, anak-anak tu la yang akan mendoakan kita dan at least boleh tolong kita masa nak claim insurans akhirat nanti.



2) Prof Muhaya pesan lagi, jangan budget bagos! jangan bagi nama panjang-panjang pada anak. Tahu la excited nak bubuh nama anak kan. tapi kalau dah panjang sangat, pastu maksud nama tu pun dah jadi entah ape2, dikhuatiri akan menimbulkan riak pula. Riak yang macam mana? setakat nama je kot. pikir la sendiri..kaji semula apa sebab kita nak bubuh nama panjang-panjang tu. adakah sebab nak menunjuk-nunjuk depan orang? sebab trend? atau sebab nak budget bagos? Wallahua'lam..Betulkan niat.Jangan suka menunjuk-nunjuk, jangan suka ikut-ikut orang membabi buta



3) Pesanan ketiga ni yang paling menarik..pesanan untuk bakal-bakal pengantin. zamat sekarang ni, orang buat majlis, nak yang vogue2 je..nak bertema-tema..nak ber-wedding planner segala bagai. tak salah. asalkan jangan terlalu membazir atau again, sekadar nak show-off! nampak biasa, tapi sikap show off ni boleh makan diri di pengadilan akhirat tau. Lagi satu dia pesan, tak salah nak ada planner untuk majlis perkahwinan, TAPI jangan lupa untuk buat planner untuk kehidupan selepas kahwin jugak. Sedap+pedas ayat dia hari tu, "Buat majlis kahwin 2 hari, tapi persiapan sampai setahun plus plus..Nak hidup bersama lepas kahwin untuk berpuluh-puluh tahun, tapi preparation..Zero? Jadi, persiapkan lah diri dari sekarang dengan ilmu2 dan amalan2 akhirat untuk kehidupan yang lebih berkat.
*ingatkan diri sendiri jugak.sebab selalu sangat lalai dengan godaan dunia



4) Pesanan yang terakhir yang sempat aku ingat, prof Muhaya pesan, beli barang jangan 'bargain'. Apehal pulak tak boleh bargain? hak pengguna weyh..hak pengguna!! yela..hak memang la hak, tapi agak-agak la nak tawar menawar tu.. kalau beli barang mahal beribu-ribu, logik la kalau nak bargain..tapi barang tujuh posen pun nak bargain ke??
*pesanan ni more to people yang earn salary riban2 sebulan, mampu beli barang branded2ratus2, riban2, tapi bersifat kejam+kedekut untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dah cukup murah* eg: beli nasi lemak singgit pun still nak tawar lg!



Jadi kesimpulan nya untuk entry ni, Jangan Budget Bagos! wahahaha

k la. dah kol 12.22 tghari ni. nak balik. nak g segitiga bermuda. nak shopping barang keperluan. until then. sayonara!

Sunday, October 16, 2011

tengok lama lama boleh jatuh cinta

beberapa minggu yang lepas, ada la sorang member ni duk tanya,
"awak suka kereta apa ek?"
erkk.. aku ni berat sikit nak jawab bab-bab kereta yang aku suka..sebab baaanyak sangat dalam list kepala aku..haha

so aku pun list kan la satu-satu..
carta paling atas, mestila la Mr Lan a.k.a LANCER KALER MERAH.
kalau nampak lancer lalu depan aku kat atas jalan tu, sure BEKU mata aku duk tengok je..
tapi..Mr Lan ni mahal sangat la..rege nak cecah seratus lebih...belum mampu milik lagi..huhuhu

NEXT,

HONDA ACCORD i-vtec (mahal sangatt)
PROTON PERDANA V6 (kereta malaysia yang nampak mewah)
HONDA CIVIC i-vtec (dah lama suka ni)
HONDA CITY i-vtec (baru tahun lepas start suka)
PROTON SATRIA NEO (suka tengok je..sebab nampak smart.but,i wont buy..sebab rendah sangat)
HONDA JAZZ i-vtec (pengaruh KV yang selalu park depan rumah)
TOYOTA VIOS yang ade spoiler and skirting (pengaruh best fren)
PERODUA MYVI (mula-mula suka sangat-sangat..tapi since ramai sangat orang yang dikenali drive MYVI, so dah makin hilang feel..tapi MYVI SE kaler oren and merah tetap nampak comell)



but lately, rasa macam dah start jatuh cinta pada FORD FIESTA pulak.
mula-mula tengok tak ada apa-apa feel pun..
tapi bile tengok lama-lama, feel dia sama macam tengok LANCER..
rasa nak tengooook je lama-lama..cehh

kalau tak percaya, try tengok sendiri..FORD FIESTA CUN




*credited to beritasemasa.com

Friday, October 14, 2011

boleh tengok saya sikit tak

13 oktober adalah tarikh yang akan aku lupa..
sebab tarikh ni tak special pun..hahaha
ada apa pada 13 oktober kan..
tapi ada sesuatu yang berlaku pada tarikh 13 oktober 2011..
sesuatu yang aku tak pernah expect aku akan suka..

korang pun mesti tak suka punya..
yela..
sapa kat sini yang suka jumpe doktor gigi?
OK la.. kita bagi nama glemer sikit..[DENTIST]
baru nampak bergaya sikit kan nak sebut..wahahaha..
I REPEAT, ada sesiapa kat sini yang suka jumpa dentist?
ADA? ADA?
eleh. tau sangat dah..muka-muka korang ni suka pergi klinik untuk dapatkan MC je kan..
pergi jumpa DENTIST mana boleh dapat MC..
tak payah nak tipu la..
mahu nya DENTIST tu gerudi gigi korang karang, naya je.. HAHAHA

TAPI..aku tak macam korang..
aku pergi jumpa doktor time aku betul-betul sakit je. AHAKS!
tapi SERIUS! aku x pernah tipu mana-mana doktor untuk dapatkan MC..
doktor tu yang merelakan diri mereka ditipu. HAHAHA

EHEM, FOKUS! berbalik pada tarikh 13 oktober 2011..
habis dah mukadimah..
ceritera pun bermula..
entah kenape la gigi aku ni nak rasa sakit kan sejak 2 hari ni..
nak tidur tak lena, nak makan laju-laju tak boleh, nak makan banyak-banyak, confirm lah lagi tak boleh!
ada lagi reason lain..tapi tak berapa nak PENTING sangat..
contohnya,
nak buat kerja kat office tak boleh nak fokus..(xkesah sangat..)
nak ber'discuss' pasal hal kerja dengan lead/colleague tak berapa nak boleh bercakap sangat..(lagi la xkesah..)

pastu mula la rasa derita je kan..
aku pun decide la nak pergi jumpe dentist..
eceh.macam berani je..
dulu time kat sekolah, aku la budak comel yang paling takut bila dah samapi turn aku untuk duduk atas kerusi time nak check

gigi tu..
siap menggigil woo..
tak tahu la setan mana dah merasuk sampai aku jadi berani macam ni..ekeke..
bukan setan..tapi dah BESOR kan..
tak kan la nak takut lagi..banyak lagi cabaran maha hebat kena tempuh lepas ni..
weyyyy..melalut apa plak ni!

KKK.sambung cerita DENTIST.

mula-mula tu memang tak tahu nak pergi dental clinic yang mana satu..
sebab tak teringat pulak masa study dulu fakulti aku sebelah jer dengan fakulti gigi tu..
tapi masa tu, budak-budak yang ambik dentistry ni nampak cam sombong jek..
yela..bakal DOCTOR la kunun..
eleh..ingat kitorang heran ker dengan korang..
PC ko rosak, cari budak IT gak..nak setup network, cari budak CS jugak..
nak repair laptop, menggagau cari budak-budak KOMPUTER gak! ekekekeke

so bila dah teringat dalam uitm tu ada dental clinic,
apa lagi..pergi jela kan..dekat pun dekat..
JENG..JENG..JENG..
mula-mula sampai tu, rileks jer..
yela..orang tak pernah pergi klinik gigi..
sorang-sorang pulak tu..CUAK gak rasa..
cuak sebab takut kalau-kalau ada student yang nak takcle akak comel ni..WAHAHAHA
PERASAN!

then, after register, tunggu turn..
ada la dalam 20 menet gitu..
doktor pun panggil masuk BILIK. OK aku tipu.
mana ada doktor panggil..

1-1-0-0-5 : ada suara perempuan merdu yang dalam sistem tu duk terpanggil-panggil..HAHA
(tak ingat sebenarnya no giliran aku berapa..)

lepas dah masuk tu, ada la 2 orang doktor ENTERTAIN aku..
aku tak expect la aku akan kena rawat dengan doktor LELAKI..
SEGAN la..aku kan penyegan..ahaks!

pastu yang sorang tu soh aku baring..aku pun baring jela tanpa segan silu..HAHA
doktor tu ambik kerusi..duduk sebelah aku..
time ni aku rasa macam pesakit kat hospital yang tengah ada orang datang melawat..
doktor tu pun mule la mengayat aku..
hi, nama saya khairul..bole berkenalan?WAHAHAHA!
gila apa doktor nak cakap macam tu..tak kaaaaan la kan.. (tu ayat kalau aku yang jadi doktor..:-p )
die introduce nama, then soal siasat aku macam-macam soalan,
sambil buat-buat pandai + PRO tulis something dalam report dia..
muka nampak muda..
masa ni aku x expect lagi yang aku akan dirawat oleh doktor praktikel..
pastu bila dia dah start tanya aku ni student or keje,
barula aku tahu yang dia tu student praktikal rupAnya..
budak semester akhir..OOOoooOOO..
patutla nampak baik budak nya..serta comel-comel..anak sape la ni..hihi
pastu yang kawan dia lagi sorang tu pun sibuk-sibuk jugak datang..
tengok report apa yang doktor khairul ni tulis..
pastu sesi pegang pegang pun bermula..
yela..kalau tak pegang, macam mana nak check apa yang sakit kan.. ye dak?

si khairul ni pun cakap la kat aku, "saya pegang sikit ye.."
yela..pegang banyak-banyak pun takpe doktor..saya faham..
lagipun, awak kan pakai glove..saya tak kesah..hihihi..

dia pun mula la check gigi aku..
dengan bakal doktor lagi sorang tu..(yang ni extra comellll)
sambil ada la sesekali sorang professor perempuan datang jenguk diorang berdua,
ajar, and guide diorang..tunjuk itu ini..

lepastu, bila dah puas hati, baru la diorang mula sesi merawat..
bakal doktor khairul cakap, "saya nak kena buang akar yang bagi rasa sakit tu..so kena inject..maybe akan rasa sakit

sikit..tapi kejap je..
lepastu dah tak sakit dah.."

hah? kena bius ke? xpe..saya redha..ahaks!
dengar dia cakap punya la baik macam tu, suma rasa sakit boleh hilang seta merta kot..kikikikiki
pastu dia pun keluarkan jarum..prepare untuk inject aku..MAKKKKKK
tiba-tiba rasa takut! tapi muka kena rileks..cool..hehe

pastu dia pun cucuk la jarum tu dalam mulut aku..sakittt..tp buat-buat keras sudaa..buat macam tak ada apa-apa..eceh.
pastu khairul ni biar je aku tak bergerak..
aku tak bergerak. dia pun tak bergerak jugak.
berapa menet entah nak tunggu.

pastu dia pun test la aku..
"ada rasa kebas tak.."
entah, biasa jek..
dia tak puas hati..dia pun mula ar carik pasal dengan aku..
dia cucuk-cucuk mulut aku gune alat-alat yang dia ada..
tanya lagi, "sakit tak"
sakittt..(dalam hati, sakitla u! nak bunoh i ke!)hehehe

pastu dia macam dah risau..apesal ubat bius ni macam tak berkesan ni..
dia pun discuss dengan prof and kawan dia lagi sorang tu..
aku ni sebnarnya tak tahu rasa kebas tu macam mana..
yela..mana la penah kena bius..
tapi masa dia cucuk-cucuk dalam mulut aku tadi, memang dapat rasa lagi la..
Prof perempuan tu cakap, "maybe tu cuma rasa..bukan sakit.."
aku pun dah gelabah..err..agaknyela kot..tapi cakap dalam hati je..hihi
pastu dia decide.."kita inject lagi sekali ye"
OK! aku suka je..
lagi banyak kali inject, lagi la aku tak rasa apa-apa nanti..wahahaha
dia pun inject..memang dah tak rasa apa-apa time ni..
so betul la tadi tu dah rasa kebas sebenarnya..
cuma aku je yang xtahu..:-p
apa bole buat..dah REZEKI..nak kena bius 2 kali..huhuhu

lepas dah bius tu, dia pun mula la kerja-kerja mencari akar-akar kayu untuk buat unggun api..hahaha
cari akar-akar rosak la..
masa ni muka aku statik je mengadap cahaya lampu atas kepala tu..
pastu maybe si khairul ni susah kot nak carik akar-akar tu..
so dia pun cakap.."awak, boleh tengok saya sikit tak?"
hmmm? mestilah boleh...tengok banyak-baaanyak pon boleh..HAHAHA..
aku pun biar jela die duk rawat gigi aku sambil aku duk terkebil-kebil buat muka comel tengok muka die..
tapi macam dekat sangat la..
aku ni ada masalah sikit kalau tengok muka orang dekat-dekat..
elok-elok boleh nampak, terus jadi tak berapa nak nampak..
macam kabur-kabur..sebab dekat sangat..ke mata aku yang rosak?erkk

layankan jela kan..
sambil-sambil tu aku dengar la diorang berborak dengan prof tu pasal nak setup klinik sendiri..
according to the prof, makan seratus riban jugak kalau nak setup klinik sendiri zaman sekarang ni..
time dia dulu-dulu, dalam 60K je..tu pun profit 4-5 riban je maximum..masa zaman dia la..
zaman sekarang ni lagi untung kot..
sebab ada orang-orang macam aku yang rajin pergi jumpe dentist macam sekarang ni..wahahahaha

kejap-kejap, aku dengar si khairul ni cakap kat bakal dentist lagi sorang tu.."suction"
dia pun gelabah la duk masukkan tiub dalam mulut aku..sedut saliva aku..yucks!
bukan saliva la.. die sedut air ubat yang si khairul ni bubuh dalam mulut aku tadi..huhu

tak tahu la apesal..aku rasa macam best gila pergi jumpe doktor kali ni..
rasa macam pergi spa..
rasa nak baring jer atas kerusi tu sampai petang..wahahaha
maybe sebab diorg baik sangat kot..baik..comel..dan baek..dan comel lagi..:-p

lepas dalam satu jam setengah aku baring-baring dengan hepinyer kat dalam klinik tu,
treatment aku pun dah siap...~ala...dah siap ke..kejapnyer.. :(
aku pun tanya la diorang, 'dah ke?'
khairul cakap, "kejap eh, nak bagi ubat"
tapi diorang tak ada pulak suruh aku turun dari kerusi tempat aku baring tu..
aku pun buat-buat la sibuk duk reply message pasal kerja dari rakan-rakan sebaya kat office tu..
sampai la satu saat kawan si khairul ni cakap kat aku, "boleh duduk kat kerusi tu tak?(sambil pointing kat kerusi kecik kat

tepi tu) saya nak bersihkan tempat ni"..
ooo..hehe..aku sambil buat muka selamba, turun jela..MALUUUUUU :-P

lepas dah bersihkan, si khairul ni datang balik kat aku.tunjuk ubat..
tapi yang pelik sampai ke saat ni, aku tak pasti sama ada aku ambik ke tak ubat tu masa khairul tu hulur plastik ubat tu pada

aku..
sebab bila aku balik rumah, aku try selongkar balik beg aku, dah tak jumpa pulak..
tak kan tercicir kat mana-mana kot..
entahlah.

tapi yang pasti, aku ada cakap terima kasih pada budak-budak bakal dentist tu..and pada prof perempuan tu before aku keluar

klinik aritu..
kehilangan ubat tu masih menjadi misteri hingga ke saat ini..
tak kisah lah..
yang penting, aku akan jumpa diorang lagi in the next appointment nanti..yeAyyyyyy

Saturday, July 23, 2011

i have watched harry potter & the deadly hallows

budak-budak nakal dalam gambar di atas tiada kena-mengena dengan cerita di bawah sama ada secara langsung atau pun tak langsung

Ehem.
it's OK kan kalau gambar kat atas ni takde kena mengena dengan tajuk entry..hehe
saja jer nak tayang gambo mase saya dengan budak kecik tu terpisah dari rakan2 sebaya (sebaya ker.....) yang lain mase pergi team building kat sunway lagoon minggu lepas..

OK la..actually just nak bagitau yang malam tadi saya dah selamat tengok Harry potter kat JJ Bukit Raja dengan seorang kawan yang sangat bertuah.. :-p
Mana tak bertuah.. dia la satu-satu nye kawan yang terpilih untuk teman saya tido kat dalam panggung wayang tu..hahahhaha

tak bole blah ar semalam..tengok cerita action pon boleh TER-tido..
abistu dah penat sangat..tido la..ape lagi kan...hihihi
lagipun,bukan salah saya..
ni semua salah harry..
siapa suruh dia cakap, "I'M READY TO DIE"
so saya just follow harry jer..go and die together with him...huhuhu
tapi setiap kali tersedar tu, tengok2 si harry ni hidup je lagi..xmati-mati pon..bila nak mati entah..
saya pulak yang mati dalam pawagam tu semalam..hak3..
member kat sebelah pulak khusyuk semacam jer..
tak ambil tahu langsung pada kawan dia yang dah kena black-magic-spell ni..hihihihi
few minutes before the story ends baru la saya ala2 segar gitu..
baru la boleh tengok dengan mata terbuka luas..
ada la dalam setengah jam kot 'tetito'..setengah jam jer.... :-p

xkesah la...lepas ni dah bole bagitau diorang.."saya dah tengok harry potter"
ngeh3..


p/s: dea, pasni kita tengok muvi same2 lagi eh..BEST la tengok midnite muvi dengan awak! :-p


Tuesday, June 28, 2011

Travelog : Zaman Muda-muda

Alhamdulillah..hari ni sekali lagi dapat jumpa LaNDAK. eh, apehal pulak. OK.OK.Correction. Alhamdulillah sebab masih bernafas di bumi Allah ni. Hari ni bosan la. Eh.Bukan hari ni je. Selalu kot rase bosan macam ni. dah tak tau lah nak buat apa lagi nak bagi hilang rasa bosan ni. Kerja kat ofis semua dah buat dah.. Wait,Wait,Wait! SEMUA?? Bila masa pulak aku ni rajin sangat nak buat semua kerja kat ofis. HAHA. Lupakan jela hasrat yang tak berapa nak murni tu. Ada hati nak wat semua kerja kunun. Baru dapat Project baru, dah hilang segala mood. HAHA.

Bila fikir2 balik, rasa macam nak aje berhenti kerja and duduk kat uma. TAPI...kalaulah LIFE ni se-smooth yang kita bayangkan..mesti syiokk kan. TAPI nak buat macam mana.
OUR LIFE HAS BEEN ARRANGED..but we still can change it with some EFFORT. yeah effort. i just noticed something la. eh menipu pulak. dah lama sebenarnya perasan benda ni..selama ni rasa macam i'm just following the existing path. hardly to take any new path that i suspect would later risk my LIFE. tapi kalau tak cuba mana nak tahu..ye dak?

OK la..kita Flashback sikit...Once Upon a Time..

mula zaman sekolah rendah..dari darjah satu sampai darjah enam..duduk kat sekolah tu jugak lah. lepastu, bila dah habis UPSR, cikgu suruh apply SIGS. what the hell is that?? Ohh. A HEAVEN SCHOOL rupanya. HAHA. Mana tak HEAVEN.. sekolah tu semua perempuan..cikgu kat sekolah tu pun mostly PEREMPUAN..even list PENGETUA kat sekolah tu pun SEMUA perempuan..memang susah lah kalau nak cari LELAKI kat sekolah tu. boleh bilang dengan jari kot..yang aku ingat, lelaki kat sekolah tu, ada Cikgu Math, Cikgu Add Math, Cikgu Kimia, Cikgu Bahasa Melayu, Cikgu English and Cikgu Pendidikan Seni. See..boleh bilang dengan jari kan. That was during my time la..zaman junior2 aku sekarang dah tak tahu dah ada cikgu lelaki ke tak..and berapa ramai yang tinggal..

Tapi cikgu lelaki yang paling cool sekali(aku rasa la..) Cikgu Fauzi. Cikgu Fauzi ni dia aja Pendidikan Seni. Ngan subjek PJ sekali kalo tak silap aku. Cikgu ni takdelah hensem mana pun. tapi boleh tahan la..dengan muka ala2 model B*****..HAHA. Tapi cikgu ni memang cool. stail ala-ala Remy Ishak wa cakap lu.. yang buat die lebih cool, dia la satu-satu nye Cikgu Pendidikan Seni yang datang sekolah drive Perdana kaler hitam. Perghh..ajar budak-budak melukis jer boleh bawak Perdana gi sekolah..rupa-rupanya cikgu ni ada buat jenayah lain selain dari jadi cikgu sekolah. He was an Architect laa..and he still is.(at that time la..sekarang dah tak follow up) tapi cool kan. dahlah ensem, bawak Perdana, baik, mase tu die dah kahwin..ada sorang anak lelaki..selalu gak dia bawak datang gi sekolah..suwit jer kitorang tengok..sape entah nama anak dia..tak ingat dah..

lain kali la sambung citer zaman kanak-kanak ni ek..kat ofis lagi ni..'Doraena' dah ajak balik la pulak..kang kena tinggal naye jer..kikiki..tata.Selamat Malam..:)

Tuesday, June 7, 2011

i feel HOT and SPICY

*this entry was supposed to be published yesterday*

da banyak entry yang aku nak tulis tapi asyik pending je..
suma sebab xde mood nak mengarang and sebab malas nak taip..
tapi entry hari ni xboleh tunggu2 lagi..
nak xnak kena publish jugak..sebab hati tengah 'very very hot' (copy-paste ayat my mom selalu cakap kat uma)

OK.now back to the topic..apesal pulak aku nak rasa HOT & SPICY tetibe ni..kerja setakat duduk dalam aircond pun panas ke?
of course la panas..sebab ada makhluk macam KAU dalam bangunan ni!!

tadi aku pergi teman my new friend untuk apply letter for opening new account..
macam biasa lah..
aku pun da x ingat sangat macam mana..
tapi ada orang mintak tolong kan..so aku teman jela..
office aku kat tingkat satu..untuk apply surat tu kena pergi tingkat 2..
so kitorang pun naik la tingkat 2..
but then aku xbape nak sure sangat nak cakap ape..sambil2 tu duk tilik kertas yang ade kat depan cermin kat kaunter tu..
macam ada senarai borang or benda2 yang orang biase mintak kalau datang situ..
sambil2 tu aku duk tunjuk2 la kat list tu pada member aku ni..sambil aku ckp"kt nak mintak yang ni kan?"
tetibe the shit guy duk SOUND dari dalam, "cakap kat sini la"
SOUND tau..bukan inform..so pandai2 korang ler nak imagine tune die macam mane..memang sound like shit giler..
hati aku dah start panas sikit dah masa tu..sambil dalam hati cakap "hang ni apesal..aku xcakap dengan KAU pun la!"
tapi still COOL lagi..

pastu lepas bagitahu the shit guy yang kitorang nak surat untuk open new account tu, die tanya lagi, 'nama kau apa?' like..WHAT THE HELLLLLLLLLLL?
KO SAPE NAK TANYE MACAM TU? ko kerja kat mana ni? KO APEHAL BAHASA LIKE KURANG AJAR GILER?WHERE'S YOUR MANNERS, SHIT GUY???

then aku cakap la, "F*****"(nama member aku tu)
pastu die tanya lagi(sambil tengok kat F*****), 'yang ni pun nak ambik surat jugak ke?'
pastu aku jawab jela, dia ni jer yang nak ambik surat tu.
pastu aku dah xboleh tunggu lame dah masa tu. hati makin panas duk ngadap muke die yang macam shit, plus perangai yang memang SHIT!
aku gerak pergi tepi sikit. asalkan xpayah nak ngadap muka si SHIT tu.
pastu si SHIT pun berurusan la dengan F*****.dia tanya fullname, then dia carik2 dokumen, pastu dia pass pada F***** tu.

pastu sebelum kitorang turun bawah, aku bgtau la kat F*****, 'kat dalam ni ade ATM. kalo nak ambik duet gaji nnti, ambik kat dalam ni je.'

tapi aku perasan yg SHIT GUY tu duk sibuk nak tengok-tengok.
KAU APEHAL? AKU XCAKAP DENGAN KAU. SO JANGAN NAK SEBOK2.
AKU MMENAG XPAHAM BETOL APE YANG XKENA DENGAN KAU NI SEBENARNYA.
TAPI MEMANG KAU JELA YANG BERJAYA BUAT AKU RASA HOT GILER SETAKAT NI. AKU XCAKAP DENGAN KAU, KAU NAK SEBOK2 SOUND AKU.BAHASA DAH LA KURANG AJAR!TAK TAU LA MANAGER MANA YANG AMBIK KAU KEJE KAT SINI. AKU DAHLAH PUASA PULAK TU ARINI. ABIS PAHALA AKU KAU DAH AMBIK SEPARUH..ENTAH2 DAH ABIS DAH KAU AMBIK SEMUA!
TIME AKU TAIP ENTRY NI PUN HATI AKU DAH PANAS BALIK.

AKU HARAP LEPASNI KALAU KITA JUMPA KAT LUAR, AKU DAPAT PELUANG UNTUK KENAKAN KAU BALIK! TAPI XMUNGKIN KOT. AKU BAEK. TAK KURANG AJAR MACAM KAU!
TAPI MEMANG BEST KALAU AKU DAPAT TENGOK KAU KENA GILIS DENGAN TRAILER YANG ANGKUT LANCER ATAS JALAN RAYA!
TENGOK.KAU PUNYA PASAL AKU DAH PIKIR YANG JAHAL2 JER ARINI.
KAU MEMANG SHIT LA!

*apesal aku rasa lately ramai orang wat hati aku panasssss je.
ker..aku yang sensitiF sangat? NO WAY!

Monday, February 28, 2011

empty.sad.rindu.takut

hari ni macam biasa..pergi office dengan housemate..

semalam risau dan sedih dengan hal lain..tapi malas nak ambik port sangat...layankan aje..

tapi bila dah sampai office, still rasa macam biasa lagi..sebab tak ramai lagi kat office masa tu..

then after few minutes, ada satu mail masuk. "your team lead and teammate on MC today"

then, lagi sorang member pon MC gak arini..

bertambah-tambah la sunyi office ni..

and also, make the group chat "empty"..huhu


then before lunch hour, pi la duk menempel kat my jiran punya cubicle.. was trying to understand his projectS..learn the background and progress and problems and ISSUES..

damn..his projectS boleh mematikan mood untuk bekerja..haha

wondering how he could happily survive with all the shitS everyday..hmmm


alex. alex ni seat dia kat sebelah my jiran punya cubicle..

dia last day hari ni.. everyone is leaving..NOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!

dont know why.. i feel so strange when he really no more in our department..

back from the lunch with 4 frens plus one weird guy..hihi..u-know-who

i feel so empty when he was no longer in his cubicle..

normally..at this hour, (after lunch), can clearly hear his voice..was talking to the application team..solving some issues..giving some guide and advice to the annoying guyS(the app team)haha

but when i do not see him around, i feel so empty..feel like i have lost one 'abang' who was never get bored to guide all his siblings.*actually ramai lagi adik2 dia yang rasa kehilangan camni..

who else i gonna ask if i got issues to settle..yeah..i know..ramai lagi bole tanya..tapi yang lain2 garang macam singa..ops..bukan garang..tapi most of the seniors..i can feel that they feel annoying with my freak questions..

*yang kau tanya soalan budak tadika tu apehal.. nak wat camner..dah my level of understanding xcapai lagi tahap super programmer yang sepatutnya ada kat sini.. so haruslah banyak soalan pelik2 yang aku nak tanya..itu xreti la..ini xreti la..macam2 lagi xreti.. kalau ada alex, best sikit..dia layan jer suma soalan2 aku..tanya sepuloh kali soalan yang sama pon dia still layan jugak..dia still ajar and guide dengan penuh sabar..emmm..

and..then at around 3pm, got meeting pula dengan our manager..

he was telling the shocking news! OMG! i feel like wanna leave also..following the 'abang'..

why things happens so sudden? gimme a break man! i still not in the mood of losing one abang,

then came another news telling that we are going to get separated..


at the moment, i dont know how to feel..

honestly, i just feel like the orphans who has been living together for years...then suddenly have to get separated..how sad lei.. :(


suddenly i miss all the best moments..our moments together..

how dare THEY kill all those! i myself not sure who are they axactly..

THEY are just so CRUEL to do this to US!

we have been like a family here..*woit! ni tempat keje la..bukan tempat nak build famili..ade aku kesah?janji aku ada feel nak buat keje!

altogether..laughing together..story-mory..sharing-maring..OMG!

everything seems fading and i dont know what else going to happen after this..


i just hope that ALL of US will get stronger to face the un-seen FUTURE..

*ceh, macam sadis giler..tapi serious shit, i'm soooo SAD right now..

at this moment, as i was typing this entry,

i was looking forward for the outing.. to get together-gether..

going to Genting! ***start imagine the happiness up there.......




tak tau ape kene mengena gambar ni dengan entry ni

Thursday, January 27, 2011

anata ga natsukashii desu..


Hello there, the angel from my nightmare
The shadow in the background of the morgue
The unsuspecting victim of darkness in the valley
We can live like Jack and Sally if we want
Where you can always find me
We'll have Halloween on Christmas
And in the night we'll wish this never ends
We'll wish this never ends

(I miss you, I miss you)
(I miss you, I miss you)

Where are you and I'm so sorry
I cannot sleep I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick strange darkness
Comes creeping on so haunting every time
And as I stared I counted
Webs from all the spiders
Catching things and eating their insides
Like indecision to call you
and hear your voice of treason
Will you come home and stop this pain tonight
Stop this pain tonight

Don't waste your time on me you're already
The voice inside my head (I miss you, I miss you)
Don't waste your time on me you're already
The voice inside my head (I miss you, I miss you)

*its been quite some time since the last time i was listening to this song...i miss you-Blink182

Wednesday, January 26, 2011

if I was sick, I could have died long ago!



ceyyy..tajuk nak kontro-besi..padahal xde kena mengena pun..huhu

arini quite sedih actually..
sedih tapi buat-buat happy..
ingat senang ker jadi pelakon ni..
hanya orang-orang yang berbakat jer boleh berlakon..
wah..lepasni boleh la pergi audition untuk jadi pelakon kat tv3 plak.hak3..

pelik la..

bila pilih yang kaya, memang kaya habis la..
sampai kasih sayang pun terlebih-lebih..
siap boleh distribute kat orang lain lagi..
memang pemurah kasih sayang sungguh!

bila pilih yang x kaya..emm..means yang biasa-biasa..
dia sibuk pulak mencari kekayaan..
sampai xde masa nak bagi kasih sayang langsung!

xfaham betul la...

LELAKI memang macam tu ker?

so, as a result, terpaksa la take a BREAK!
take a break of the "couple" stuff..
malas dah nak layan benda2 remeh yang boleh meng-complicated-kan and me-messy-kan kehidupan ni..

bukan x sayang..tapi xfaham..
bukan x rindu..tapi xsanggup nak tunggu..
nak bagi kepastian pun susah..
so better aku yang blah!



tapi bila dah macam ni, gedik pulak nak teringat la..
nak tunggu mesej la..
padahal sendiri gak yang warning semalm, "pasni jgn mesej or kol I lagi tau"
bukan aper..takut nnti drowning lagi..
kalau ade orang selamatkan, xper gak..
ni drowning sorang2..
sadis giler..


*current mode : xde mood..

jawapan saintifik untuk "cyber kids"

alkisahnyer..
semalam keluar dari ofis agak awal jugak lah..
so sampai rumah dalam pukul 8 lebih2 sikit..

since last week,
macam dah ketagih pulak tengok satu drama ni..
drama TV1..
tajuk citer tu apa entah..Trilogi Cinta kot..
drama adaptasi novel..
hero dia Rosyam Noor..
tapi bukan nak citer pasal citer tu..
memangla citer tu agak best..
even kalau korang x pernah bace novel Sharifah Abu Salem tu pun,
korang still boleh feel tengok drama tu..eceh.


di pendekkan citer,
ada la satu scene dalam drama tu,
mase tu, heroin citer(Fauziah Gous) tengah duk mencangkul pokok bunga kot kat sekeliling rumah tu..
kire macam berkebun gitu la..
pastu anak2 Rosyam Noor (2 orang budak perempuan yang xdapat dikenalpasti identiti diorang, tapi best la budak2 tu berlakon..huhu) pulak tengah sibuk jugak "gardening" dengan Fauziah Gous..(Fauziah Gous dalam citer ni adalah sebagai orang gaji kat rumah Rosyam Noor). Anak-anak Rosyam Noor time tu tengah sibuk nak siram pokok bunga. Waktu tu tengahari. Then si Fauziah Gous ni cakap la kat anak-anak Rosyam Noor,

"Along..Adik..jangan siram pokok tu. Sekarang ni tengahari.."

Then, anak-anak Rosyam tanya balik kat Fauziah Gous,

"Nape xleh siram pulak?"

Masa ni, if I was "Fauziah Gous tanpa skrip", mesti dah jawab..

"xleh siram pokok time tengahari..nanti pokok tu mati..panas dowh..huhu"

Tapi, boleh pulak si Fauziah Gous tu jawab macam ni..


"sebab masa tengahari ni la pokok menjalankan proses fotosintesis..pokok perlukan cahaya..jadi pokok x perlukan air mase tengahari.."


dush! dush! dush!
memang kena bagi jawapan macam ni ker kat budak-budak sekarang?
xleh jawab suka hati je ek?
giler saintifik nak kena bagi jawapan kat budak-budak sekarang..
tapi memang x dinafikan budak-budak sekarang memang bijak dan semakin bijak..
mana x bijak...
kalau dah Mummy nyer engineer..Daddy pulak Lawyer..
atuk pulak Doktor..Pak Usu Programmer..Mak Lang Lecturer..
Pak Andak Actor..Kak Chik Singer.. *erk...ade kena mengena ker?

adusss..kalau macam ni, kena la sentiasa duduk depan laptop bila one day anak-anak tanya apa-apa..
senang sikit..boleh Google jer..
barulah boleh jadi Mummy & Daddy yang bijaksana pada anak-anak..haha




Sunday, January 23, 2011

when u cant sleep!


dont know why..
i cannot sleep tonight..
i can..but not yet until now..
there are too many things running in my head right now..
until i get to top up my celcom number and text sum1..
since the other sum1 seems..haish..
dont know how to say!
nothing ever transparent between us!
n-o-t-h-i-n-g-!

i really dont understand what is going on between us!
going on or going off?
is it wrong if i just wanted to share something in my daily life?
is it very wrong if i wanted to know what is going on in your life?
what ever la..
sometimes i feel like i becoming more like you.. - plain, insensitive & cruel! -

actually, today i wanted to share that i went to sunway..
to attend this one "seminar"..with one of my friend..
but you seemed not paying any attention at all to my little story..
its ok..
i can just share it here..







a part of sunway lagoon view from sunway pyramid

thinking..
will there be any possibility for me to sit here with you?
my heart keep telling - NEVER EVEN HAPPEN!


me watching the pizza girls n guys was doing the promotion..nyum2..


current mode : really not in mood..
dont know what to say..
feel guilty towards my friends..*something unexplained
feel so sad when thinking about "awak"..

Saturday, January 22, 2011

padahal bukan cantek sangat pon..

2 hari lepas..
hari ni hari sabtu..
means, kejadian berlaku masa hari khamis..
ye.hari khamis..
hari khamis tu cuti thaipusam..
so x kerja..lepak di rumah saje..
tapi..
kaki ni macam xreti nak duduk diam2 kat rumah..
nak jugak keluar..
and teringat pulak duit dalam akaun yang macam BANYAKKKKKKKKK sangat tu..
so fikir2, baik habiskan..
sebab nanti risau plak duit x habis2..hahaha

then pergi la ke segitiga bermuda...
even time tu da nak masuk tengahari..
still keluar jugak..

pergi ke benua pertama..
FIRST THING FIRST..pi mayang dulu..
baru berkat nak shoping..kih3..
tapi pi2, surau penuh plak..
TERPAKSA la shoping dulu...hehehe


dalam kepala otak ni sebenarnyer just nak beli 2 benda jer..
2 jer..emmmm
tapi as expected,
sebagai seorang PEREMPUAN yang selalu kalah dengan hawa nafsu,
everything didn't go as per planned..
mula2, duk ushar kedai kasut dulu..
ushar punyer ushar..
TER-BER-kenan la kat sepasang kasut ni..
LAWA..*macam orang yang nak beli..hahahhahahahaha
PERASAN!
tapi..kasut tu memang lawa..
lawa for a reason..MURAH!

IF YOU BUY 1, YOU'LL GET 50% DISCOUNT..
IF YOU BUY 2, YOU'LL GET 70% DISCOUNT..

yup..kalau sesuatu tu xdela lawa mana,
tapi disebabkan harga yang agak murah,
automatik boleh jadi lawa..

macam manusia jugak..
lelaki tu xdela ensem mana..
tapi kalau die baik, automatik boleh jadi ensem..kan??
tapi, adakah lelaki yang x hensem, tapi JIKA dia tergolong dalam spesies "BERUANG", boleh automatik menjadi hensem???
ohh..tidak mahu rasanya jawab soalan ni..
agak subjektif di situ..
sendiri nilai sudah..
NILAI MESTI GUNA HATI..JANGAN GUNA MATA ORANG LAIN..
tapi kenapa mesti cakap pasal lelaki yek?
*MENGONG!
ops..out of topic lagi!

kembali pada cerita kasut tadi..
setelah ditilik-tilik...
dan dicuba beberapa kali dengan penuh bergaya,
tanpa fikir panjang, terus g kaunter..
and bayar fifty percent out of the original price..
dah kedai tu yang bagi diskaun..bayar separuh sudah..
agak murah la kan..
kasut tu ada brand..
its a high heel..
cantik lagi..
kaler pun cun..
just pay for rm20 jer!

tapi.., kalau beli 2 pasang, boleh dapat diskaun up to 70%!
xpela..da bayar da pun..
dengan riang gembira nyer,
kunun2 nyer nak keluar dari kedai kasut tu..
tapi..tibe2 tangan ni rasa gatal pulak nak touch sepasang sandal yang terletak indah dekat dengan kasut tadi..
bila da touch, mesti la nak sarung kat kaki ye dak.
hai sandal..kenapa la kau nampak macam cantik pulak kat kaki aku ni..
nampak macam kau me-ronta2 nak ikut aku balik..hahahaha

then pergi la kat kaunter tu..
try la tanya..
"emmm..kalau ambik lagi sepasang, boleh dapat 70% x?" *sambil doa dalam hati - dapat la..dapat la..
then cik cashier menjawab,

"sorry yer awak..ini kedai bukan daddy awak yang punya..
ini kedai belong to ahmad albabbb..hahahaha.
so, kalau awak dah bayar untuk sepasang tadi, adalah amat mustahil untuk awak dapat diskaun 70% tuh! awk bayar lagi satu, ahmad albab cakap, bagi diskaun 50% sahaje! ada faham??"

"baiklah..saya faham.."
*sambil berjalan keluar bersama senyuman yang macam comel..huhuhu
masa ni x calculate lagi berapa harga sebenar if beli 2 kasut wif 70% discount tu..
sambil jalan keluar dari kedai kasut tu la..
time tu la my brain sibuk duk calculate harga for that 70% discount..
bermacam fakta dan bukti dikumpulkan sebelum buat calculation..

harga asal high heel dengan sandal tu sama => RM39.90
beli sepasang, dapat diskaun 50% => means bayar RM20 jer
beli 2 pasang, dapat diskaun 70% .....errrr
(RM39.90) + (RM39.90) X 70% => RM24!!!
mummyyyyyyyyyyyy...apa dosa saya..??
kenapa saya x sedar harga kasut tu sangat murah kalau beli 2 pasang sekaligus????
kenapa????
seolah-olah saya cuma perlu tambah RM4 jer untuk dapatkan sandal tu..
huaaaaaaaaaaaa...kenapa ini mesti terjadiiiii???
mummyyyyyyyyyyyyyy..help meeeeee...
oh sandal...
xpela..kau bukan cantek sangat pon...*ayat sedapkan hati..huhu

maybe ni balasan sebab x pergi mayang dulu before shopping..
maybe..
harap2..lepasni, x terjadi lagi macam ni..
saya akan lebih berhati-hati..
mesti ada ahmad albab di sebalik kedai kasut tu..eh, silap2..
mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni.. =)

p/s : susah la kalau BANYAKKKKKKKKKK sangat duet ni..haha












Monday, January 10, 2011

AJL 25- Ketakpuashatian atas kemenangan "Tolong Ingatkan Aku"

credited to Zonfiniti

Logik ker lagu Ana Rafali menang AJL 25?

cEH.Ayat xpuas hati nampak.

Tapi memang logik kot untuk rasa x puas hati bila lagu ni menang.

Bukan la nak kutuk hasil ciptaan sepenuhnya Ana Rafali.

BUkan jugak nak kritik bakat dan kreativiti Ana Rafali.

Cuma rasa x puas hati.

Biasa nya, every year, lagu2 yang menang dalam AJL mesti ada aura yang menusuk hati dan sanubari ni..eceh!

Ala..kira macam lagu tu boleh bagi satu 'feel' yang akan buat orang suka nak dengar ulang2 kali..

lagu tu xde feel yang boleh wat bulu roma meremang..

eh. dah macam horror movie la pulak. haha

tapi lagu "Tolong Ingatkan Aku" bukan xbest..

mungkin lagu ni terlalu ber"seni" kot..

susah untuk dihayati oleh orang2 biasa yang xtau ape2 pasal muzik..haha


ape2 pon, congrates to Ana Rafali sebab berjaya mem-fofular kan diri sendiri..

keep up the good work! =)


p/s 1 : hampa sebab Faizal tahir x menang AJL even die bersusah payah lemaskan diri atas pentas..ekeke


p/s 2 : jeles sebab Ana Rafali pandai main Gitar =)


p/s 3 : jeles gak kat Yuna yang teror main piano :0


p/s 4 : igt ni entry utk PSP kaa?? LOL!


Saturday, January 8, 2011

beza lelaki dengan perempuan

aritu time balik keje, sempat la jugak singgah satu Restoran ni..
*identiti restoran terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan Satu Malaysia (what the what?)
ni kali ke-3 beli makanan kat restoran tersebut since bila ntah. malas nak ingat.
before ni, 2 kali beli, Lelaki yang duk jaga kat kaunter tu.
tapi kali ni, perempuan pulak yg jaga.
masa lelaki tu kira, agak bertimbang rasa gak kot.
sebab kitorang beli dah malam..
then lauk tu lauk tengahari..confirm!
so logik la dia nak bagi harga murah2..
but then, bila seorang perempuan yang duk jaga kaunter CASHier tu,
tetibe harga dia kira bukan setakat macam harga lauk tu baru lepas dimasak.
tapi kitorang rasa, macam la lauk ko sedap sangat! haha

just imagine,
2-3 hari lepas, me and sorang lagi member, kitorang datang restoran yang sama,
kitorang tapau nasi 2 polisterin, pastu lauk ikan goreng sekor + ayam seketul + sedikit sayur + siput sedut yg memang puas makan untuk 2 orang..in total baru RM7!
pastu ari khamis datang lagi
kitorang beli nasi yang hot ala2 korang punya nail (panas-panas kuku)
bersama dengan ayam seketul (kecik,sejuk), sepotong ikan kecik tanpa seurat sayur + siput sedut yang sama kuantiti macam kelmarin dulu punya kitorang beli..
total semua RM9!

WHAT THE WHAT?
hello? mahalnyerrrr..
ko ingat lauk ko tu sedap sangat ker?
panas2 macam baru masak ker semua?
kuku i lagi panas dari lauk u tau tak?!
oh..sayangnyer, semua tu hanya dalam hati jer..
tangan still cool and steady keluarkan sekeping note merah untuk bayar..
macam ade banyak sangat note kaler merah tu..
kalau dah hari2 keluar note merah jek untuk makan, esok luse makan pasir berlauk kan batu ler jawab nyer..huhu
aish..kata2 adalah satu doa..
so xbaik cakap yang x baik..
moga2 esok lusa dapat hidup lagi bersama note merah..haha

tp tu ler kesimpulannya..
just nak compare and highlight beza antara lelaki dan perempuan yang senang nampak dalam kehidupan seharian kita..
tapi, agak2, kalau yang datang beli tu adalah seorang lelaki, perempuan tu bagi harga murah x?
maybe..
normal la tu...
lelaki suka kat perempuan..
perempuan suka kat lelaki..
suka equals to attracted and then...melted..
sebab tu boleh bagi harga murah kot..
kalau x pun,
maybe perempuan yang jaga kaunter CASHier tu feel attracted kat kitorang yang cun and cute ni...
perempuan + perempuan = attracted * jealous = bagi harga mahal!
who knows..that could be the actual reason..hahahaha