Monday, December 12, 2011

ustazah budget bagus

1 jam sebelum entry ni ditulis, aku masih berada dalam bas rapid yang tiba-tiba penuh sesak dengan manusia yang suka berjalan-jalan menghabiskan duit..

1/2 jam sebelum entry ni ditulis, aku baru nak survey2 tiket penerbangan AirAsia yang ala2 murah, rupanya promo tu dari 8-11 Dec je wuwu.. sedey.. :(
takpe.takpe. ade rezeki lain kali. insyaallah :)

5 minit sebelum entry ni ditulis, teringin nak buka blog seorang sahabat kat rumah, sebab aritu tak boleh nak loading entry dia..tiba-tiba entry terakhir dia sama pula dengan entry yang aku nak tulis ni.. :p nak buat camne..kebetulan :)

3 minit sebelum entry ni ditulis, tiba-tiba perasan macam ada orang lalu lalang kat dalam ni, then tegur aku yang tengah ala2 rajin, "eh, keje?"..aku pun toleh tengok siapa..lor..landak, memerang ngan tenggiling rupanya :)
*suka hati kau je kan bagi nama..xpe.diorg xtau.haha
rasa pelik gak sebab diorang datang ofis time public holiday. tapi aku senyum jela :)

OK. berbalik pada tajuk entry. memandangkan kawan aku dah tulis entry ni dengan lebih detail dan berilmiah, so aku just nak post my own entry je..tak banyak benda pun nak share..tapi rasa nak share jugak.hehe

hmmm. entry ni sebenarnya sekadar nak share beberape pesanan dari seorang Professor (bukan ustazah). Beliau adalah --> Professor Muhaya currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre





tak tau nape aku gugel gambo prof muhaya, tp kuar gambo aiskrem ni :p



yg bwh ni baru gambo betul prof muhaya.dengan sape tah.
prof muhaya yg kanan sekali, bukan yg tengah tau









Prof ni dia jenis yang sempoi2+sengal.boleh gitu?haha. tapi die memang jenis yang 'slumberland' sikit. Dalam 'slumber2' dia tu, banyak gak pesanan dan peringatan yang dia bagitahu :



1) Dia suruh buat anak. Wey bukan lah! Dia cakap, didik anak untuk pencen akhirat. KOme-KOme paham ke mende dia nak bagitau ni. Maksudnya, dia suruh didik anak yang booleh beri manfaat untuk kehidupan akhirat kita nanti. Didik baik-baik, didik dengan ajaran agama yang sepatutnya, supaya bila dia besar nanti, or bila kita dah takde dalam dunia ni nanti, anak-anak tu la yang akan mendoakan kita dan at least boleh tolong kita masa nak claim insurans akhirat nanti.



2) Prof Muhaya pesan lagi, jangan budget bagos! jangan bagi nama panjang-panjang pada anak. Tahu la excited nak bubuh nama anak kan. tapi kalau dah panjang sangat, pastu maksud nama tu pun dah jadi entah ape2, dikhuatiri akan menimbulkan riak pula. Riak yang macam mana? setakat nama je kot. pikir la sendiri..kaji semula apa sebab kita nak bubuh nama panjang-panjang tu. adakah sebab nak menunjuk-nunjuk depan orang? sebab trend? atau sebab nak budget bagos? Wallahua'lam..Betulkan niat.Jangan suka menunjuk-nunjuk, jangan suka ikut-ikut orang membabi buta



3) Pesanan ketiga ni yang paling menarik..pesanan untuk bakal-bakal pengantin. zamat sekarang ni, orang buat majlis, nak yang vogue2 je..nak bertema-tema..nak ber-wedding planner segala bagai. tak salah. asalkan jangan terlalu membazir atau again, sekadar nak show-off! nampak biasa, tapi sikap show off ni boleh makan diri di pengadilan akhirat tau. Lagi satu dia pesan, tak salah nak ada planner untuk majlis perkahwinan, TAPI jangan lupa untuk buat planner untuk kehidupan selepas kahwin jugak. Sedap+pedas ayat dia hari tu, "Buat majlis kahwin 2 hari, tapi persiapan sampai setahun plus plus..Nak hidup bersama lepas kahwin untuk berpuluh-puluh tahun, tapi preparation..Zero? Jadi, persiapkan lah diri dari sekarang dengan ilmu2 dan amalan2 akhirat untuk kehidupan yang lebih berkat.
*ingatkan diri sendiri jugak.sebab selalu sangat lalai dengan godaan dunia



4) Pesanan yang terakhir yang sempat aku ingat, prof Muhaya pesan, beli barang jangan 'bargain'. Apehal pulak tak boleh bargain? hak pengguna weyh..hak pengguna!! yela..hak memang la hak, tapi agak-agak la nak tawar menawar tu.. kalau beli barang mahal beribu-ribu, logik la kalau nak bargain..tapi barang tujuh posen pun nak bargain ke??
*pesanan ni more to people yang earn salary riban2 sebulan, mampu beli barang branded2ratus2, riban2, tapi bersifat kejam+kedekut untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dah cukup murah* eg: beli nasi lemak singgit pun still nak tawar lg!



Jadi kesimpulan nya untuk entry ni, Jangan Budget Bagos! wahahaha

k la. dah kol 12.22 tghari ni. nak balik. nak g segitiga bermuda. nak shopping barang keperluan. until then. sayonara!

No comments: