bila dalam satu hari yang sama..
segala yang kita harapkan menjadi kenyataan..(proses nak pergi jalan-jalan buang-buang duit sedang berjalan lancar)
segala yang kita rancang berjalan dengan lancar.. (dah jumpe member untuk pergi wedding member kat joho)
segala yang berlaku di sekeliling kita membawa kegembiraan.. (makhluk berduri yang dah lame tak bertegur, tiba2 tegur dan senyum kat kita, mana tak gembira, siap berbunga-bunga..haha )
terlupa nak bersyukur..ALHAMDULILLAH..
kadang2 aku terlupa..
bila dalam satu hari yang sama..
segala yang berlaku tak sama dengan apa yang kita harapkan (ingatkan takde kerja kat ofis arini, tp ada issue yang boleh bg bad headache plak)
kemungkinan yang akan berlaku tak sama dengan apa yang kita sangka (arini bole pulak tersepit diantara team sendiri dgn app team yg bengong2)
segala yang kita rancang tak berjalan dengan lancar (plan nak apply cuti hari jumaat, 20th jan tak kesampaian..sebab abang dah book cuti time tu..nanti takde orang plak nak backup projek dia..tp..sy still nak jugak cuti ari jumaat tu! hmm..)
terlupe nak bersabar..INNALILLAH..
No comments:
Post a Comment